bibir tersenyum mengambarkannya...
ku panjatkan kesyukuran hanya kepada-NYA,
tanggal januari membuka segala,
kejahilan disingkap, hati terbuka,
aku berharap ia nyata,
takkan tertutup walau seketika,
wahai sahabat aku gembira,
aku nyatakannya kepada kalian semua,
sahabat yang tidak hanya di dunia,
tetapi kekal ke akhir masa,
wahai sahabat aku gembira,
kerana kalian aku mendapat cahaya,
cahaya yang menyinari kehidupanku di dunia,
umpama pelangi yang menjadi temanku bersama,
syurga kuharapkan untuk anda semua,
jasa yang dicurahkan tidak dapat kulupa...
wahai sahabat,
kau la segala,
memberi ku tawa dan gembira,
mengelap air mataku waktu sengsara,
menjadi bahan untukku berjenaka,
menjadi pendinding dan benteng yang nyata,
wahai sahabat,
coretan ini bukan rentetan semata,
ia ikhlas dari jiwa,
jangan terharu dengan kata-kata,
anggap la ini hadiah dari ku untuk anda semua,
walaupun ia tidak seberapa,
ia tetap sesuatu yang nyata,
kupanjatkan doa untuk anda semua,
sebagai tanda persahabatan kekal selamanya...
ya ALLAH...
kau berikan kesempurnaan kepada mereka,
kerana menjadi penerang dunia,
ya ALLAH...
kau berikan kesejahteraan kepada mereka,
agar membalas hutang budi yang tidak terbela,
ya ALLAH...
kau berikan kedamaian kepada hati mereka,
kerana ikhlas kepadaku setiap masa,
ya ALLAH...
kau murahkan rezeki mereka,
kerana tidak sekelumit pun perasaan berkira...
ya ALLAH...
kau berikan segalanya kepada mereka,
agar dunia terus berjaya...
wahai sahabat ku...sajak ini bukan menduga,
ikhlas hati tidak terkira...
wahai sahabat hanya ini yang dapat ku lakukan, untuk kalian yang amat kusayang...
IKHLAS UNTUK : SITI NUR NADIA, SITI ALWANIS, SITI HAZIRAH, NURFARAHIN AND ALL MY FRIEND