Thursday, March 24, 2011

Wahai kaum ADAM…

Apakah kejadian kamu amat sempurna?... Sehingga semua bunga didunia tidak kembang ceria dipagi hari tanpa dirimu? Adakah kamu seperti matahari?... Menyinari kehidupan bidadari dunia setiap hari? Kenapa kehadiran kamu membuatkan hati si bunga bergelora menanti kebahagiaan?...(fikiran mula berfikir sejenak)…adam…kaum yang dicipta untuk bidadari terpilih di dunia tapi dapatkah engkau memilih sebaik- baik adam yang mampu memimpin dirimu semasa kegelapan?

Wahai bidadari duniawi..sebelum kamu memilih sebaik-baik adam yang mampu memimpin dirimu, bukakan la hati mu, luaskan pandangan mu, terangkan mindamu, persiapkan langkahmu moga kamu Berjaya mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat….
Jalan kebahagiaan akan menjadi luas terbentang sekiranya kamu mendapat peneman yang sempurna yang dapat membersihkan dirimu, persiapkan dirimu, menjiwai dirimu, menjadi matahari dirimu, membetulkan kesilapan dirimu, mengawal sikapmu, membimbing kamu ke jalan yang terang dan sanggup menjadi pelita kegelapan mu…
Jangan la sekali-kali kamu memilih adam yang bertopengkan syaitan, walau suci d’mata masyarakat, tapi mempunyai hati yang gelap seperti malam, walaupun baik d’mata masyarakat tetapi memilih kecantikan makhluk-Nya untuk melampiaskan nafsu dirinya…jika kamu memilih mereka maka perbetulkan la dirimu…
Wahai adam jadi la kamu sebaik-baik ciptaanNYA , untuk membimbing kami sehingga menemui syurga, bimibing kami untuk menerangi kegelapan dunia, bimbing la kami untuk menjadi bunga yang mekar d’pagi hari…didik la kami menjadi insan sempurna d’mata manusia…agar kehidupan kita lebih bahagia dan sempurna… 

No comments:

Post a Comment